Thursday 22 December 2011

Siapa Peralat Siapa

Ahli Parlimen Kepung Dr Tan Seng Gew (Dap) kata UMNO peralat MCA soal hudud. Katanya MCA mengatakan hudud ialah hukuman potong kaki dan tangan untuk menakutkan orang2 Tionghoa. Benarkah???
 


Tapi masihkah korang ingat, sebelum ini Karpal Singki kata apa.."LANGKAH MAYAT SAYA DULU". Jelas disini DAP yang tidak menerima hukum hudud ini, dan demi memastikan DAP terus bersama PAS, PAS telah menukar Matlamat asal mereka untuk mewujudkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan..

So persoalannya disini siapa peralat siapa, sedangkan dari awal lagi DAP telah menolak hudud. Adakah DaPas sudah kehilangan idea dengan memutarbelitkan  kenyataan??? adakah ini hanya untuk menutup pekung di dada yang semakin keluar bau busuk mereka???

Dalam pada itu, dr tan sempat berpesan kepada ahli Pas di Sungai Gau Temerloh supaya menerima sahaja wang RM100 dan RM500 yang diagihkan kerajaan. Katanya ambil wang itu tetapi undi diberi kepada pakatan. 
Amboi Dr Tan, baru jer ceramah hukum hudud tetapi dah mengajar rakyat menipu... memang benar undian adalah hak rakyat, tapi janganlah sampai terdesak sangat sehingga mengajar rakyat menipu..sudah2lah DaPas...

1 comment:

  1. Makcik2 ,bapak2,abang2,kakak2 ,ama2,ane2 ,asoh2, asok2 ,sudah orng kasi duit belanja , 100,500..mau ingat lah , sama kerajan yg kasi ..kalau itu pro pembangkan cakap saja ,tarak kasi apa2 pon negeri dia perintah .lagi org semua raayat marah .tanah ,rumah punya hal mau halau orang keluar.mana mau duduk.

    ReplyDelete