Tuesday 6 December 2011

BR1M – SIAPA YANG LAYAK???

Siapa yang layak dapat BR1M ..Semua orang layak dapat BR1M “Bantuan Rakyat 1Malaysia”. Yang penting gaji bawah RM3000. Ahli PKR, SAPP, UBF, PAS, Dap dan semua Pembangkang pun layak… so siapa2 yang nda tahu pasal ni sila baca penerangan di bawah ye:-


Pendaftaran untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibuka dari 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012. BR1M = RM500 untuk isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah. Borang2 akan diedarkan mulai 10 Disember 2011 melalui Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan, Ketua Kampung, Pejabat LHDN, Pej Wakil Rakyat, dan melalui website MoF.

Borang yang lengkap diisi boleh diserahkan melalui tempat2 yang tersebut diatas dan sekolah2 terpilih sebelum 10 Januari 2012. Pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2012 kepada penerima yang layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF). Bagi pemohon yang tiada slip gaji, (yang kerja sendiri/ kampung) boleh dapat pengesahan dari wakil rakyat atau ketua kampung.

BR1M dianggarkan memberi bantuan kepada 5.2 juta isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM 2.6 bilion keseluruhannya. Belanjawan Kerajaan BN.

Siapa yang layak?? – Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak) layak terima. Kalau ada anak yang tinggal bersama yang sudah kahwin, anak itu pun layak..Ibu bapa tunggal, dan bujang yang ada tanggugan juga layak. Warga emasa (sebatang kara) juga layak.



p/s mesti PR spin BR1M mcm dorg spin KR1M…dah agak dah…

No comments:

Post a Comment