Wednesday 22 February 2012

Sekali Lagi PAS TerHemPAS Kerana Anwar...


Pas Kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa termasuk mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel, yang bertentangan dengan pendirian parti itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Sirlin berkata.



menurut beliau lagi tidak ada gunanya jika Pas terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika beliau benar-benar menghormati pendirian Pas. 

Boleh baca selanjutnya  di sini dan hint sini .


pssstttt.... pejuang HamPAS apa kata korang...sudah terang lagi bersuluh, Anwar dah perbodohkan korang....itupun x sedar2 lagi....

Sunday 19 February 2012

Tersentuh Hati Bila Mendengar Ceramah Ustaz Don

Adalah lebih baik kita mendengar dan menonton ceramah agama seumpama ini, daripada mendengar ceramah (ulamak) yang hanya memburukkan orang lain. 


Seorang teman berkata "layakkah aku ke syurga jika aku tidak mampu memberikan bimbingan yang sebenar-benarnya kepada anak-anak ku nanti....." dan aku hanya mampu memberikan sebuah senyuman....



Monday 13 February 2012

Lagu Yang Penuh Maksud Tersirat


Hayati lirik lagu ni. penuh maksud tersirat...

Kerana Valentine's Day

Pasangan Berkasih-kasihan dan bercumbu-cumbuan. Sang Arjuna merayu kasih Si Dara.....Si Dara luluh hatinya dengan pujuk rayu, janji manis, bulan madu Sang Arjuna....


Demi kasih, cinta dan setia kepada Sang Arjuna, Si Dara serahkan cinta, jiwa dan tubuhnya kepada kekasih hatinya, kerana percaya Sang Arjuna akan bertanggungjawab jika benih cinta mereka bercambah. Jerat di pasang mengena...tersenyum kemenangan Sang Arjuna menghisap madu Si Dara..



Bulan seterusnya, Si Dara merasa kelainan dalam dirinya. Kitaran haid tidak seperti selalunya. Si Dara menjadi binggung, Sang Arjuna menghilangkan diri. Si Dara ke Klinik...Sah Si Dara hamil...Pandangan menjadi gelap, hancur hatinya hilang arah tujuannya....


Si Dara menjadi murung..... Sang Arjuna tinggalkan Si Dara terkapai-kapai seorang diri...


Si Dara menjauhkan diri dari keluarga, rakan-rakan dan orang-orang disekelilingnya. Beberapa bulan kemudian Si Dara melahirkan seorang bayi yang cukup sifatnya. Namun kerana tidak sanggup menanggung aib Si Dara tinggalkan bayi tersebut begitu sahaja.....



Valentine's Day menjadi saksi cinta dusta sang penzina.....