Monday, 5 March 2012

Ketahui Personaliti Diri Melalui Kentut?????


Ketahui personaliti seseorang dengan kentut....


  • Tak Jujur  : Orang yang kentut dan salahkan orang lain
  • Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang
  • Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya
  • Strategik : Orang yang sembunyikan bau kentut dengan ketawa dengan kuat.
  • Misterius : Orang yang kentut tapi tidak dapat dikesan
  • Gugup : Kentut apabila disergah
  • Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang
  • Pemalu : Kentut terkepit-kepit.............
p/s ...cuba try test sekarang dengan berkentut..then anda akan ketahui jawapannya.. hahahahahaha

Wednesday, 22 February 2012

Sekali Lagi PAS TerHemPAS Kerana Anwar...


Pas Kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa termasuk mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel, yang bertentangan dengan pendirian parti itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Sirlin berkata.



menurut beliau lagi tidak ada gunanya jika Pas terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika beliau benar-benar menghormati pendirian Pas. 

Boleh baca selanjutnya  di sini dan hint sini .


pssstttt.... pejuang HamPAS apa kata korang...sudah terang lagi bersuluh, Anwar dah perbodohkan korang....itupun x sedar2 lagi....

Sunday, 19 February 2012

Tersentuh Hati Bila Mendengar Ceramah Ustaz Don

Adalah lebih baik kita mendengar dan menonton ceramah agama seumpama ini, daripada mendengar ceramah (ulamak) yang hanya memburukkan orang lain. 


Seorang teman berkata "layakkah aku ke syurga jika aku tidak mampu memberikan bimbingan yang sebenar-benarnya kepada anak-anak ku nanti....." dan aku hanya mampu memberikan sebuah senyuman....



Monday, 13 February 2012

Lagu Yang Penuh Maksud Tersirat


Hayati lirik lagu ni. penuh maksud tersirat...

Kerana Valentine's Day

Pasangan Berkasih-kasihan dan bercumbu-cumbuan. Sang Arjuna merayu kasih Si Dara.....Si Dara luluh hatinya dengan pujuk rayu, janji manis, bulan madu Sang Arjuna....


Demi kasih, cinta dan setia kepada Sang Arjuna, Si Dara serahkan cinta, jiwa dan tubuhnya kepada kekasih hatinya, kerana percaya Sang Arjuna akan bertanggungjawab jika benih cinta mereka bercambah. Jerat di pasang mengena...tersenyum kemenangan Sang Arjuna menghisap madu Si Dara..



Bulan seterusnya, Si Dara merasa kelainan dalam dirinya. Kitaran haid tidak seperti selalunya. Si Dara menjadi binggung, Sang Arjuna menghilangkan diri. Si Dara ke Klinik...Sah Si Dara hamil...Pandangan menjadi gelap, hancur hatinya hilang arah tujuannya....


Si Dara menjadi murung..... Sang Arjuna tinggalkan Si Dara terkapai-kapai seorang diri...


Si Dara menjauhkan diri dari keluarga, rakan-rakan dan orang-orang disekelilingnya. Beberapa bulan kemudian Si Dara melahirkan seorang bayi yang cukup sifatnya. Namun kerana tidak sanggup menanggung aib Si Dara tinggalkan bayi tersebut begitu sahaja.....



Valentine's Day menjadi saksi cinta dusta sang penzina.....





Sunday, 29 January 2012

Anwar Pertahankan Israel??? JAHANAM

Kenyataan anwar tetap akan pertahankan Israel walaupun dirinya dan keluarga telah dihentam teruk oleh The Economist. Apakah maknanya ni? kenapa Anwar mempertahankan Israel, tidakah dia terasa bila Umat Islam di tindas oleh Yahudi-Zionis yang kejam. info klik di sini . 


“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) Asia dalam artikel yang disiarkan pada 26 Januari itu.

Seperti yang diramal anwar tidak berani menyaman the economist sekalipun dirinya dan keluarga ditempelak dengan teruk. Mungkin juga benar selama ini PR mendapat bantuan talian hayat daripada komuniti zionis ini. Dan untuk mengekalkan talian hayat ini, anwar sanggup mengeluarkan kenyataan seumpama ini. 

Jika anwar jadi PM, Malaysia menjadi sekutu Israel. Apakah  Negara Malaysia yang kita sayangi akan menerima nasib yang sama seperti bumi Palestine? Anak2 kecil disembelih, wanita mengandung dibelah perutnya..mayat bergelimpangan, wanita dirogol dan dibunuh dengan kejamnya? Ya semua itu tidak mustahil!!! 



Pada saya, rakyat Malaysia yang menyokong  Anwar Ibrahim itu sebenarnya juga menyokong perjuangan kejam Yahudi Zionis dalam memperolehi pengiktirafan penubuhan negara Israel di peringkat antarabangsa.

Kita jangan mudah diperbodohkan dan sanggup dibodohkan, sanggup menutup mata dan telinga semata-mata terpesona dengan janji2 dan kata2 manis manusia bernama anwar ibrahim ini.